Saturday, 27 March 2010

masjid besi

Masjid Tuanku Mizan Zainl Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi, ialah sebuah masjid yg terletak di Presint 3, Putra Jaya. Masjid ini dibina bagi menampug sekitar 24,000 penduduk dan pejawat kerajaan sekitar pusat bandar.
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.
From gallery

2 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers